Monday, October 5, 2009

PERUSAHAAN MARUKU RANGUP






Assalamualaikum dan terima kasih kepada tuan dan puan, saudara dan saudari yang mengunjungi laman blog ini.

Maruku merupakan sejenis kuih tradisional yang masih mendapat tempat di kalangan penggemarnya walaupun pelbagai jenis kuih tradisional berada di pasaran sekarang. Tetapi Maruku Rangup yang dikeluarkan oleh MARUKU RANGUP ENTERPRISE ini lain daripada yang lain.

Maruku Rangup ini dhasilkan dari sentuhan resepi turun temurun sejak 20 tahun lalu oleh Hajah Sawiah Binti Haji Sirat, pengasas Maruku Rangup ini. Adunan resepi yang tepat sentiasa diambil kira semasa membuatnya supaya keranggupan maruku ini sentiasa dinikmati.

Tanpa mengandungi bahan pengawet dan pewarna, Maruku Rangup ini mampu bertahan sehingga tiga bulan merupakan produk Muslim yang dijamin 100 peratus halal. Setiap kandungan bahan-bahan untuk adunan maruku ini sentiasa dikawal rapi supaya ia dapat membantu dan meningkatkan kesihatan pengguna.

Pada peringkat awal, pengeluaran Maruku Rangup ini beroperasi secara kecil-kecilan di rumah dengan mengambil tempahan daripada jiran-jiran dan orang kampung. Memandangkan sambutan dan sokongan daripada para pelanggan semakin bertambah, penghasilannya mula diperluaskan sehingga ke luar daerah.

Tempahan semakin bertambah berkali ganda apabila menjelang musim perayaan terutamanya menjelang Hari Raya puasa. Bukan sahaja penduduk setempat, malah para pengedar kuih muih tradisional dari negeri lain sudah membuat tempahan sejak awal bulkan Ramadan.

Ini kerana promosi dari mulut menyebabkan Maruku Rangup ini dikenali, malah sejak sebelum bulan puasa lagi pengeluaran untuk tempahan Maruku Rangup ini sudah bermula sehinggalah seminggu sebelum Hari Raya, pengeluaran Marku Rangup ini tidak lagi menerima tempahan.

Oleh kerana permintaan yang sentiasa bertambah, Puan Hajah Sawiah telah menyerahkan semua urusan pengeluaran, pembekalan dan sebagainya kepada anak lelaki beliau Muhd. Surur Dasuki sekalu pengurus untuk menguruskan sepenuhnya perusahaan ini sejak lima tahun lalu.

Sebagai pengasas, beliau hanya mengawasi sentuhan resepi supaya mutunya sentiasa terjaga. Daripada peringkat mengadun, menggoreng sehingga ke peringkat pembungkusan dan penghantaran, Muhd. Surur dibantu lebih kurang 10 orang pekerja untuk mengendalikannya.

MARUKU RANGUP ENTERPRISE merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan dan membekalkan Maruku Rangup setelah diambilalih oleh Muhammad Surur sejak 2004 beroperasi di kilangnya di Kampung Bukit Kerayong, Kapar, Klang, Selangor.
Bagi sebungkus Maruku Rangup, ia dijual pada harga runcit RM 10.00 untuk berat setengah kilogram.Bagi mereka yang ingin membuat tempahan atau berminat untuk menjadi rakan niaga, boleh menghubungi Pengurus Maruku Rangup Enterprise, Encik Muhd Surur Dasuki di talian 012-6996214

Beliau juga sedang mencari sesiapa yang berminat menajdi pengedar untuk memasarkan di luar Selangor boleh menghubuni beliau. Kini Maruku Rangup bukan sahaja boleh dinikmati semasa musim perayaan malah ia boleh ditempah atau dinikmati sepanjang tahun.

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh emelkan kepada marukurangup@gmail.com atau hubungi di talian 012-6996214

PENGHANTARAN
Bagi penghantaran seluruh Selangor adalah percuma manakala pembelian secara online penghantaran untuk setengah kilo ialah RM 5.00 – RM 7.00 bergantung kepada tempat manakala yang beratnya sekilo kos penghantaran ialah di antara RM 9.00 sehingga RM 12.00.






PEMBAYARAN SECARA ONLINE

Nama Bank : Maybank
Nama : Muhammad Surur bin Dasuki
No Akaun : 1211-38019227

Nama Bank : CIMB
Nama : Muhamad Surur Bin Dasuki
No Akaun : 1257-0000157-526


Setelah pembayaran dibuat, sila emailkan butiran pembayaran anda itu ke marukurangup@gmail.com atau sms ke 012-6996214.